Diploma Pengurusan Resort (DHR)

DIPLOMA PENGURUSAN RESORT

Politeknik Hulu Terengganu


Diploma Pengurusan Resort / Diploma in Resort Management (DHR) ialah program pengajian akademik sepenuh masa selama tiga (3) tahun bersamaan enam (6) semester yang terdiri daripada lima (5) semester proses pengajaran dan pembelajaran dengan kerja kursus serta satu (1) semester latihan industri.
Program pengajian ini di reka bentuk merangkumi disiplin semasa industri perhotelan dan pelancongan. Program diploma ini merangkumi spektrum kecekapan dan kebolehan gunaan yang berkaitan dengan industri di peringkat pekerjaan mahir, separuh mahir dan tidak mahir.


Dalam usaha mendedahkan pelajar kepada lauan kerjaya pengoperasian sesebuah resort, para pelajar akan didedahkan kepada kecekapan dalam Pengurusan Resort, Operasi Asas Spa, Pengurusan Kemudahan Resort, Asas Rekreasi Resort, Operasi dan Pengurusan Pengemasan, Operasi dan Pengurusan Pejabat Hadapan, Perkhidmatan Makanan dan Minuman, Masakan dan Mesyuarat Asas, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) untuk Pelancongan dan Hospitaliti. Kecekapan asas lain seperti Amalan Hospitaliti Mesra Muslim, Asas Industri Hospitaliti, Perkhidmatan Pelanggan untuk Pelancongan dan Hospitaliti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pematuhan Teknologi Hijau dan Keusahawanan Digital turut diterapkan dalam program ini.




" Diploma in Resort Management (DHR) aim to develop competent and adaptable professional Resort Executives to support the country’s aspiration of becoming a world class tourist and cultural destination "


PENGIKTIRAFAN

MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)

PENGIKTIRAFAN

MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)

Diploma Pengurusan Resort / Diploma in Resort Management (DHR) di Politeknik Hulu Terengganu (PHT) telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ini bermakna kurikulum program DHR yang dibangunkan dan dilaksanakan adalah menepati keperluan standard jaminan kualiti sebagaimana yang telah ditetapkan.
Program yang telah diberi Perakuan Akreditasi mendapat manfaat dari segi pengiktirafan badan jaminan kualiti atau kementerian luar negara yang yakin dengan kualiti program ditawarkan oleh institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta tempatan termasuklah program Diploma Pengurusan Resort (DHR) di Politeknik Hulu Terengganu.


RAKAN KOLABORASI

DIPLOMA PENGURUSAN RESORT






Jaringan kerjasama kolaborasi diantara program pengajian Diploma Pengurusan Resort (DHR) dengan industri-industri berkaitan bertujuan untuk memastikan pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang relevan dengan keperluan semasa industri.
Kolaborasi ini membolehkan pihak industri berkaitan membantu menyelaraskan kurikulum dengan keperluan industri, menyediakan peluang latihan industri, serta meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui pendedahan kepada kemahiran yang relevan. Ia juga menyokong pemindahan teknologi, pembangunan penyelidikan, dan inovasi, di samping menyediakan sokongan dalam bentuk infrastruktur dan sumber. Selain itu, kerjasama ini menggalakkan keusahawanan dan memastikan graduan lebih bersedia menghadapi cabaran pasaran kerja, dan seterusnya memenuhi keperluan tenaga kerja industri.

POLITEKNIK HULU TERENGGANU

- LEADS YOU FUTURE -

POLITEKNIK HULU TERENGGANU

- LEADS YOU FUTURE -


VISI POLITEKNIK


“ Menjadi Peneraju Institusi TVET yang unggul “


" To be the Leading-Edge TVET Institution "

_______________


MISI POLITEKNIK


1.

“ Menyedia akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf ”


To provide wide access to quality and recognised TVET programmes.

2.

" Memperkasa komuniti melalui pembelajarn sepanjang hayat ”


To empower communities through lifelong learning.

3.

“ Melahirkan graduan holistic, berciri keusahawanan dan seimbang ”


To develop holistic, entrepreneurial and balanced graduates.

4.

“ Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan “


To capitalise on smart partnership with stakeholders.

_______________


MATLAMAT PENDIDIKAN


“ Melahirkan graduan TVET yang kompeten dan holistic dengan keupayaan menyumbang kepada pembangunan national “.



To produce holistic and competent TVET graduates, with capability of contributing to the nation's development.

_______________

PHT Shout ! TVET

Youtube Rasmi Politeknik Hulu Terengganu

PHT Shout ! TVET

Youtube Rasmi Politeknik Hulu Terengganu

Made with Beacons