IT Project Management secara Maya.
Saya VE Nita, bersedia membantu organisasi menguruskan projek IT dari idea sehingga ke peringkat impak.
Saya tidak hanya melihat carta Gantt atau 'milestones'. Saya melihat Change Management sebagai kunci utama bagi memastikan 'before' dan 'after' sesuatu projek dirancang dengan teliti dan dilaksanakan. Projek IT hanya dianggap berjaya apabila setiap individu terlibat dalam organisasi anda merasa yakin dan mahir menggunakan teknologi baru tersebut.
VISI DIGITAL, TRANSISI MAYA
Saya membantu anda mengurangkan risiko kegagalan projek dengan mengintegrasikan pengurusan projek yang teliti dan transisi budaya kerja yang lancar walaupun secara maya (virtual).
KAMI BERI ANDA:
End-to-End Delivery: Projek bermula dari fasa perancangan sehingga fasa sokongan pasca-pelancaran.
Higher Adoption Rate: Kami fokus kepada penerimaan pengguna (user adoption). Teknologi tidak berguna jika tiada siapa yang tahu menggunakannya.
Minimise Resistance: Bertanggungjawab dalam menguruskan tentangan (resistance) dari pengguna terhadap perubahan sistem baru.
Fasa 1: Inisiasi Projek (Project Initiation)
Kenalpasti objektif projek (tujuan dan pengguna utama).
Business Case & Feasibility: Menilai adakah projek ini memberi keuntungan atau menyelesaikan masalah kritikal syarikat.
Project Charter: Mendapatkan kelulusan rasmi dan melantik pengurus projek dan ahli pasukan utama (organisasi dan third party).
Stakeholder Identification: Mengenal pasti siapa yang terlibat dan siapa yang bakal terkesan (ini adalah 'bridge' ke Change Management).
Output: Approved Project Charter & High-level Scope.
Fasa 2: Pengumpulan Keperluan (Requirements Gathering & Scoping)
Fasa untuk menentukan "Apa" yang sebenarnya mahu dibina.
User Requirements Specification (URS): Menjalankan temubual dengan pengguna untuk faham keperluan teknikal dan fungsi sistem.
Scope Definition: Menetapkan apa yang termasuk dalam projek dan apa yang "Out of Scope" (untuk mengelakkan scope creep).
Vendor/Tool Selection: Jika perlu, menilai teknologi atau vendor mana yang paling sesuai.
Output: Functional Requirements Document (FRD).
Fasa 3: Perancangan Strategik (Strategic Planning & Roadmap)
Fasa untuk menentukan "Bagaimana" dan "Bila" projek akan siap.
Work Breakdown Structure (WBS): Memecahkan projek besar kepada tugas-tugas kecil yang boleh diurus.
Resource Allocation: Menentukan pasukan teknikal, bajet, dan peralatan yang diperlukan.
Schedule & Gantt Chart: Menetapkan tarikh akhir (milestones) dan garis masa projek.
Output: Master Project Schedule & Resource Plan.
Fasa 4: Tadbir Urus & Risiko (Governance & Risk Management)
Fasa untuk memastikan projek terkawal.
Risk Management Plan: Mengenal pasti risiko teknikal (cth: server down, bug) dan menyediakan pelan kecemasan.
Communication Governance: Menetapkan cara laporan diberikan (cth: laporan mingguan, mesyuarat bulanan).
Quality Assurance (QA) Plan: Menetapkan standard kualiti untuk sistem yang akan dibina.
Output: Risk Register & Governance Framework.
ROADMAP (PM)
KRITIKAL
1. Persetujuan Skop & Keperluan (URS/FRD Sign-off)
Ini adalah milestone pertama yang paling kritikal.
Menyelaraskan jangkaan pelanggan dengan realiti teknikal.
2. Kelulusan Reka Bentuk & Senibina (Design Approval)
Sebelum kod ditulis, reka bentuk (UI/UX) dan senibina pangkalan data mesti dipersetujui.
Mengelakkan pembaziran kos berlaku semasa pembangunan sistem sepanjang dibina.
3. User Acceptance Testing (UAT) Berjaya
Ini adalah "jambatan" besar antara PM dan Change Management.
UAT bukan sekadar cari 'bug', tetapi pengguna akhir (user) mengesahkan sistem itu memenuhi keperluan kerja mereka.
4. Ketersediaan Latihan & Dokumentasi (Operational Readiness)
Menyediakan organisasi segi mental dan kemahiran sebelum sistem dilancarkan.
5. Go-Live & Transisi (The Big Bang)
Saat sistem mula digunakan secara langsung, tanpa gangguan kepada operasi harian (Business Continuity).
6. Pencapaian "Adoption Rate" (Pasca Go-Live)
PM + CM akan highlight tahap penggunaan sistem selepas sebulan.
7. Penyerahan Rasmi & Penutupan Projek (Project Handover)
Penyerahan kepada pasukan sokongan (Support Team/IT Operations).
Projek ditutup dengan kemas, dokumentasi lengkap, dan pelanggan berpuas hati.
Fasa 1: Penemuan & Diagnostik (Discovery)
PM: Mengenal pasti objektif projek, skop, dan KPI.
Change Management: Menilai kesediaan organisasi dan mengenal pasti potensi halangan (resistance).
Hasil: Project Charter & Change Readiness Report.
Fasa 2: Perancangan Strategik (Strategy & Planning)
PM: Membina Roadmap projek, garis masa (timeline), dan agihan bajet.
Change Management: Merangka pelan komunikasi dan strategi latihan untuk staf.
Hasil: Project Management Plan & Communication Plan.
Fasa 3: Pelaksanaan & Pemerkasaan (Execution & Enablement)
PM: Memantau pembangunan sistem dan memastikan setiap milestone dicapai.
Change Management: Menjalankan sesi latihan dan menguruskan maklum balas pengguna secara aktif.
Hasil: Sistem IT yang berfungsi & Staf yang berkemahiran.
Fasa 4: Penyerahan & Kelestarian (Go-Live & Sustainability)
PM: Penyerahan projek akhir dan dokumentasi teknikal.
Change Management: Memantau kadar penggunaan (adoption rate) dan memastikan perubahan kekal dalam budaya syarikat.
Hasil: Laporan Penutup & Post-Mortem.